Asrama Baitul Hidayah

Di tubuhkan pada March 2008, keran ingin memberi perhatian yang lebih mendalam di dalam menangani kebajikan di kalangan muallaf atau saudara baru. Di kalangan 15 orang penghuni dan ahli berdaftar seramai 20 orang dengan Baitul Hidayah para saudara baru ini terdiri dari ibu tunggal, anak yatim, dan anak-anak saudara baru yang dhaif serta tak mendapat pendidikan yang sempurna tentang agama Islam.
Selain itu ramai yang berada di dalam kesempitan hidup setelah kematian ayah atau ibu atau diceraika oleh suami hinggakan bagi anak yatim ada yang dihantar ke rumah kebajikan yg diasaskan oleh bukan islam dan bagi ibu tunggal pula akhirnya kembali ke pangkuan keluarga lalu meninggalkan Islam dan kembali ke agama asal.
Justeru itu diwujudkan pusat ini dengan harapan golongan yang dimuliakan Allah ini akan menjadikan Baitul Hidayah sebagai rumah kedua mereka atau tempat mencurahkan masalah dan keluarga baru yang sudi menanggung bersama kesusahan yang mereka hadapi sambil berusaha menyelesaikannya dengan izin Allah yang Maha Pemurah.
Baitul Hidayah membuka pintu kepada sesiapa yang memerlukan tempat perlindungan dan membantu mencarikan pekerjaan serta menyediakan pendidikan asas fardhu ain serta pengajian al-quran untuk para muallaf yang dikasihi sekalian.

Hubungi kami di talian : 03-80633717 / 016-3627913 ust zawawi.

Bagi sesiapa yang ingin membantu para saudara baru ini boleh menggunakan akaun : Pengurusan Baitul Hidayah , MBB 512343532238. Terima Kasih moga-moga kita dapat sama-sama meraikan kedatangan saudara-saudara baru kita ini dan membela mereka agar terus kekal di dalam agama kebenaran ini.

Monday, October 6, 2008

Keperluan Baitul Hidayah

ANGGARAN PERBELANJAAN BULANAN BAITUL HIDAYAH
Sewa asrama: RM 950
Letrik dan Air & Telefon: Rm 450
Makan minum dan lauk dan gas memasak: RM 2000
Keperluan pengangkutan, kenderaan, tol dll: RM 2500
Perbelanjaan persekolah anak-anak BH: RM 300
Saguhati kakitangan: RM500x 2 orang=RM 1000
Bantuan kepada Muallaf, ibu tunggal dan anak yatim yang berdaftar dengan Baitul Hidayah: RM 1000
Jumlah:Rm 7900 ( ini adalah anggaran keperluan bulanan dan kos ini bertambah atau berkurang mengikut keadaan semasa)
Anak-anak orang asli Ayer Hitam puchong, menerima bantuan yang diagihkan oleh Baitul hidayah, di kampung ini terdapat 88 buah keluarga orang asli di mana 32 keluarga yang beragama Islam. Mereka hidup di dalam kedhaifan di celah-celah pembangunan yang kian pesat di sekitar Puchong ini.